Sekolah yang mempunyai masalah teknikal atau pengaktifan semula kad Astro sila hubungi talian 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ). Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan mungkin perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.
Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:
1. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ) pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro. 2. Remote rosak : buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro.
Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
3. Kad Astro hilang: Buat laporan polis kehilangan kad, kepilkan bersama surat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro (Telefon 03-95438100) . Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
4. Mengalih piring ke bangunan baru: akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro. Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
Diharapkan langkah diatas dapat membantu pihak sekolah dalam mengaktifkan kembali Kampus Astro.
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Berikutan Bengkel SPS yang telah dilaksanakan pada 9 Julai 2013 di SMKA Tok Jiring, dan semakan yang telah dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) BTPNT, mendapati masih terdapat 78 buah sekolah yang belum aktifkan SPS, 411 buah sekolah tahap sederhana di negeri Terengganu. Hanya 2 buah sekolah iaitu SK Seri Budiman 2 Kuala Terengganu (PKG Bukit Besar) dan SK Kampong Tengah Kemaman (PKG Binjai) yang mencapai peringkat penggunaan sepenuhnya (butang hijau). Oleh yang demikian, pihak PKG Manir memohon jasa baik admin SPS/Guru data sekolah ahli PKG untuk membuat pengisian dan memastikan sekurang2nya mencapai tahap butang kuning menjelang hari raya puasa.
Mohon admin SPS sekolah tuan/puan untuk rujuk kepada PKG sekiranya ada sebarang masalah atau hubungi terus helpdesk SPS di talian 1-800-882-875. .
Dilampirkan pautan bahan SPS/video vimeo untuk perkongsian maklumat bersama.