Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:
1. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ) pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.
2. Remote rosak : buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro.
Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
3. Kad Astro hilang: Buat laporan polis kehilangan kad, kepilkan bersama surat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro (Telefon 03-95438100) . Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
4. Mengalih piring ke bangunan baru: akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro. Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
Diharapkan langkah diatas dapat membantu pihak sekolah dalam mengaktifkan kembali Kampus Astro.
No comments:
Post a Comment