:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Thursday 3 November 2016

Wednesday 24 August 2016

Tuesday 16 August 2016

PERLAKSANAAN PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam Hormat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan bagi melaksanakan 1BestariNet Fasa 2 bermula 1 Julai 2016.

Disertakan dokumen berkaitan untuk rujukan sekolah bagi memastikan kelancaran proses pengurusan lebar jalur di sekolah dan pelan lebar jalur guru.

1) Surat Makluman

2) Panduan Profile Baharu Bandwith 1Bestarinet Fasa 

atau layari laman web http://1bestarinet.net/ untuk keterangan lebih lanjut.
Sekian, harap maklum.

Thursday 11 August 2016

Pengisian SSQS 100%

Salam hormat...berikut adalah maklumat terkini pengisian SSQS sekolah ahli PKG Manir. Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam pengisian data ini. Terkini pengisian adalah 100% pada jam 3.00ptg bertarikh 11.08.2016. SYABAS kepada semua yang terlibat!!


Thursday 21 July 2016

SSQS 2016



Penarafan  Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2016 akan dibuka pada 15 Julai sehingga 20 Ogos 2016. Pengisian untuk Sekolah Ahli PKG Manir tamat sebelum 17 Ogos 2016. Taklimat pengisian akan diadakan pada 21hb Julai 2016 (Khamis) di Makmal ICT SMK Belara. 

Layari laman web SSQS di link SSQS2016

Dapatkan juga manual pengisian sekolah di link MANUALSEKOLAH

INSTRUMEN SSQS
1) INSTRUMEN PENTADBIR
2) INSTRUMEN GPM
3) INSTRUMEN GURU
4) INSTRUMEN MURID

Selamat mengisi. Sekian Terima Kasih.

BENGKEL PENGISIAN PENARAFAN SSQS 2016 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA GPB/GICT PKG MANIR BIL 2/2016






TARIKH : 21 JULAI 2016 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI-3.00 PTG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SMK BELARA


Wednesday 20 July 2016

NATIONAL CYBER SECURITY AWARENESS BASELINE STUDY








Tarikh : 20hb Julai 2016 (Rabu)
Tempat : SK Banggol Peradong

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk memperoleh data serta informasi kritikal dan terkini sebagai persiapan bagi pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam kurikulum TMK berkaitan kesedaran keselamatan siber bagi setiap kumpulan sasaran dan fasa seterusnya. Di mana responden menjawab soal selidik yang telah disediakan secara atas talian. Masa yang diperuntukan untuk murid menjawab soal selidik adalah antara 15 - 20 minit. Secara keseluruhannya, kajian berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen pihak sekolah.

Tuesday 21 June 2016

Pemantauan Aset PKG Manir 2016




 Tarikh : 21hb Jun 2016 (Selasa)
Tempat : PKG Manir
Pemantau :
1) Pn Rabeah Yatim
2)En Mohd Khalid Ishak
3) En Nor Azwari bin Che Mt Noor

Pemantauan Pembestarian Sekolah 2016




Tarikh : 16hb Jun 2016 (Khamis)
Tempat : SK Bukit TUnggal
Pemantau : 
1) YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim (UBEST)
2) En Abdul Malik bin Muhammad (UMIP)





Tarikh : 21hb Jun 2016 (Selasa)
Tempat : SK Durian Mas
Pemantau : 
1)En Nize bin Muhammad (UPS)
2) En Nor Azwari bin Che Mt Noor (UMIP)



Wednesday 8 June 2016

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus Bil 2/2016

 
Tarikh : 8hb JUn 2016 (Rabu) 
Masa : 8.30 pg -3.00 petang 
Tempat : PKG Manir, Kuala Terengganu 
Peserta-peserta: - 
Pegawai Teknologi Pendidikan 1 
Pegawai Teknologi Pendidikan 2 
Juruteknik Komputer 
Executive Information Officer (EIO)

Wednesday 18 May 2016

Projek TV PSS- Menyokong PAK 21



Projek TV PSS adalah satu projek khas/inovasi Pusat Sumber Sekolah dalam menyokong Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad ke 21. 

Objektif pembinaan TV PSS di sekolah adalah 

1. Untuk melatih murid berkomunikasi bertepatan dengan kemahiran literasi maklumat di sekolah serta meningkatkan keyakinan diri

2. Memberi pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi di hadapan kamera video dan penonton.

3. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek kewartawanan, undang-undang serta penulisan berita.

4. Sebagai satu tempat aktiviti PdP di luar kelas.

5. Berkongsi bagaimana penubuhan TV PSS dapat menyumbangkan kejayaan bernilai kepada sekolah khususnya dan dunia Pendidikan amnya.

6. Merupakan satu medium yang membolehkan waris pelajar mendapatkan maklumat tentang aktiviti sekolah.

7. Menyokong ciri-ciri serta kemahiran pembelajaran abad ke -21.

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan pembinaan TV PSS ini, boleh muat turun bahan-bahan berkenaan Projek TV PSS di link


Selamat Membina TV PSS!!