:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::
Showing posts with label BTP. Show all posts
Showing posts with label BTP. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

SSQS 2016



Penarafan  Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2016 akan dibuka pada 15 Julai sehingga 20 Ogos 2016. Pengisian untuk Sekolah Ahli PKG Manir tamat sebelum 17 Ogos 2016. Taklimat pengisian akan diadakan pada 21hb Julai 2016 (Khamis) di Makmal ICT SMK Belara. 

Layari laman web SSQS di link SSQS2016

Dapatkan juga manual pengisian sekolah di link MANUALSEKOLAH

INSTRUMEN SSQS
1) INSTRUMEN PENTADBIR
2) INSTRUMEN GPM
3) INSTRUMEN GURU
4) INSTRUMEN MURID

Selamat mengisi. Sekian Terima Kasih.

Wednesday, 20 July 2016

NATIONAL CYBER SECURITY AWARENESS BASELINE STUDY








Tarikh : 20hb Julai 2016 (Rabu)
Tempat : SK Banggol Peradong

Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk memperoleh data serta informasi kritikal dan terkini sebagai persiapan bagi pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam kurikulum TMK berkaitan kesedaran keselamatan siber bagi setiap kumpulan sasaran dan fasa seterusnya. Di mana responden menjawab soal selidik yang telah disediakan secara atas talian. Masa yang diperuntukan untuk murid menjawab soal selidik adalah antara 15 - 20 minit. Secara keseluruhannya, kajian berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen pihak sekolah.

Saturday, 8 August 2015

AKTIF SEMULA KAMPUS ASTRO



Sebenarnya kontrak bagi Projek Kampus Astro telah tamat. Namun sekolah yang selalu (aktif) melayari siaran dan rancangan Astro, maka Kampus Astro itu masih boleh digunakan dan dilayari sehingga sekarang. 

Sebaliknya, sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. 

Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan dirujuk kepada Sektor Penyiaran, BTP Bukit Kiara atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan - Sekolah : 1 300 82 0001. 

Sumber: http://www.astro.com.my/kampusastro/indices/index_174.html 

Bahagian Hal Ehwal Komuniti Astro 
Talian: 03 - 9543 6688 Fax: 03-9543 6868 
Emel: kampusastro@astro.com.my 

Talian Khidmat Pelanggan - Sekolah : 1 300 82 0001 
Talian Khimat Pelanggan TV LG : 1 800 822 822 
Talian Khidmat Pelanggan TV Haier: 1 300 828 833

kredit : pkgkelawai

Tuesday, 28 January 2014

Apa itu Chromebook ?

Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer.

Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud). Anda boleh rujuk disini .

Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah. Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.

Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
3. 1 zoom Yes 4G
4. 1 AP wireless 1 Cache Machine
5. 1 Pencetak Awan (cloud printer)

kredit :btpnsel.edu.my

Wednesday, 25 September 2013

PENGISIAN SSQS 2013

Assalamualaikum dan Salam Hormat. 

Adalah dimaklumkan bahawa penarafan SSQS 2013 telah dibuka untuk pengisian pada 02 September 2013 hingga 30 September 2013. Oleh yang demikian,diharap Guru Penyelaras Bestari atau Guru Penyelaras ICT serta Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah dapat mengambil tindakan dengan segera. Tarikh tutup pengisian bagi PKG adalah 25 September 2013.


Thursday, 1 August 2013

BENGKEL PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) PKG MANIR 2013


 
TARIKH : 30HB DAN 31HB JULAI 2013 (SELASA DAN RABU)
MASA : 9.00 PG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PKG MANIR

Tuesday, 30 July 2013

Kemasukan Data SPS

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. 

Berikutan Bengkel SPS yang telah dilaksanakan pada 9 Julai 2013 di SMKA Tok Jiring, dan semakan yang telah dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) BTPNT, mendapati masih terdapat 78 buah sekolah yang belum aktifkan SPS, 411 buah sekolah tahap sederhana di negeri Terengganu. Hanya 2 buah sekolah iaitu SK Seri Budiman 2 Kuala Terengganu (PKG Bukit Besar) dan SK Kampong Tengah Kemaman (PKG Binjai) yang mencapai peringkat penggunaan sepenuhnya (butang hijau). 

Oleh yang demikian, pihak PKG Manir memohon jasa baik admin SPS/Guru data sekolah ahli PKG untuk membuat pengisian dan memastikan sekurang2nya mencapai tahap butang kuning menjelang hari raya puasa.  
Mohon admin SPS sekolah tuan/puan untuk rujuk kepada PKG sekiranya ada sebarang masalah atau hubungi terus helpdesk SPS di talian 1-800-882-875. . Dilampirkan pautan bahan SPS/video vimeo untuk perkongsian maklumat bersama.





Sekian terima kasih.

Sunday, 21 April 2013

Perhimpunan Bulanan PKG 1Malaysia





Tarikh : 17hb April 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi- 4.30 petang
Tempat : Auditorium BTP Bukit Kiara