:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Tuesday 30 July 2013

Kemasukan Data SPS

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. 

Berikutan Bengkel SPS yang telah dilaksanakan pada 9 Julai 2013 di SMKA Tok Jiring, dan semakan yang telah dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) BTPNT, mendapati masih terdapat 78 buah sekolah yang belum aktifkan SPS, 411 buah sekolah tahap sederhana di negeri Terengganu. Hanya 2 buah sekolah iaitu SK Seri Budiman 2 Kuala Terengganu (PKG Bukit Besar) dan SK Kampong Tengah Kemaman (PKG Binjai) yang mencapai peringkat penggunaan sepenuhnya (butang hijau). 

Oleh yang demikian, pihak PKG Manir memohon jasa baik admin SPS/Guru data sekolah ahli PKG untuk membuat pengisian dan memastikan sekurang2nya mencapai tahap butang kuning menjelang hari raya puasa.  
Mohon admin SPS sekolah tuan/puan untuk rujuk kepada PKG sekiranya ada sebarang masalah atau hubungi terus helpdesk SPS di talian 1-800-882-875. . Dilampirkan pautan bahan SPS/video vimeo untuk perkongsian maklumat bersama.





Sekian terima kasih.

No comments: