:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Monday 31 December 2012

Majlis Kalungan Budi


Bagi meraikan pegawai dan kakitangan BTPN-PKG Terengganu yang telah bertukar, satu Majlis Kalungan Budi telah diadakan di Riyaz Heritage Spa & Resort Pulau Duyong pada 18 Disember 2012. Majlis kendalian BAKEP BTPN Terengganu ini telah meraikan beberapa orang pegawai iaitu Encik Wan Mohd Mahdi (bertukar), Encik Mohd Ramzi (bertukar), Encik Zulkefli Muda (bertukar), Encik Mohd Al Rafur (tamat kontrak) dan Encik Syed Mohd Firdaus (bertukar). Semoga mereka dapat menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran kerja yang baru.

| Berita: JK Portal

PERHIMPUNAN BULANAN KE-3




Unit Perkhidmatan ICT diberi tugas untuk mengendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Ke-3 Tahun 2012. Bertemakan 'Transformasi Memacu Pembudayaan ICT' telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Sebelum itu ucapan pengerusi pengelola telah menyentuh tentang tugas-tugas dan peranan PTP dalam membudayakan penggunaan ICT di sekolah sebagai satu tanggungjawab yang harus diberi perhatian. Tuan KPP pula menyentuh tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) yang membicarakan tentang 11 anjakan yang digariskan. Dalam majlis ini juga disampaikan sijil penghargaan kepada kumpulan KIK BTPN Terengganu, serta hadiah sempena hari lahir pegawai dan kakitangan. Akhir sekali diadakan cabutan bertuah. Kejayaan-kejayaan yang diraih pada tahun 2012 turut disentuh manakala penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini berganding bahu memikul visi dan misi BTP dan BTPN-PKG.
| Berita: JK Portal

Wednesday 12 December 2012

Tuesday 11 December 2012

Kutipan Data Inisiatif ICT 2012

Kepada semua sekolah ahli PKG Manir

Kutipan Data Inisiatif KPM 2012.

sila download borang 1 dan 2. Isi data ICT.

1.surat pengesahan
2.data inisiatif ICT

Surat Pengesahan Pengetua/Guru besar di ruang pengesahan sahaja. Kutipan akan dibuat sebelum 16hb Disember 2012.

Sunday 9 December 2012

Mesyuarat Pengedaran Bahan Digital dan Perisian Kandungan Makmal Bahasa MBMMBI sesi 2012


BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MAKMAL BAHASA
BAGI PERLAKSANAAN DASAR MBMMBI BAGI SESI 2013

tarikh : 9/12/2012 (Ahad)
tempat : Makmal Komputer BTPNT