:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Wednesday 1 June 2011

PENGENALAN PKG

Pengenalan 

PKG Pusat Kegiatan Guru(PKG) merupakan jalinan rancangan prasana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang mengutamakan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG adalah sebuah institusi yang berperanan atas dasar 'Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru' telah memberi peluang kepada guru-guru setempat mengemukan masalah-masalah dan idea dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terbuka. Terdapat 22 buah PKG di Negeri Terengganu Darul Iman yang terletak di dalam tujuh daerah pendidikan, iaitu 11 buah PKG memiliki bangunan sendiri manakala 11 buah lagi adalah berbangunan khas.
Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PKG, empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di semua PKG iaitu :
1. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan
2. Jawatankuasa Pembangunan PSS
3. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan
4. Jawatankuasa Teknologi Maklumat

Dari segi sejarah , penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada PUsat Media Daerah (PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ejen untuk membiasakan guru-guru khasnya diluar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP(PP)0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah PSPN, sementara PSPN pula diletakkan dibawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

PKG Manir merupakan salah sebuah daripada 22 buah PKG Negeri Terengganu. Pada awalnya PKG Manir terletak di Sekolah Kebangsaan Manir, dan telah berpindah ke bangunan baru di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong pada 18 Mac 2007.Pada masa ini PKG manir mempunyai 20 sekolah ahli setelah kemasukan sekolah baru SMK Jeram pada awal Januari 2012. PKG ini mempunyai 15 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah.Jarak diantara PKG ke JPNT dan PPDKT adalah 15 km manakala jarak PKG ke BTPNT adalah 30 km.

No comments: