:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Monday 28 January 2013

Bengkel Pengurusan IQPSS dan Program NILAM 2013



Pada 28 Januari 2013 telah diadakan Bengkel Pengurusan IQPSS dan Program Nilam 2013 yang dikelolakan oleh Pusat Kegiatan Guru Manir jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Manir. Fasilitator En Mohd Abdah Ismail telah memberi taklimat berkenaan Program Nilam dan pengisian data i nilam bagi tahun 2013

Taklimat Penyenggaraan Multiseat di SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu.


Tarikh : 28hb Januari 2013 (ISNIN)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu. 
Taklimat Penyenggaraan Multiseat di SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu untuk sekolah yang menerima perbekalan HP Multiseat 2012

Mesyuarat Penyelarasan GPM Bil 1 2013

Tarikh : 27hb Januari 2013 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Manir
Sasaran guru : Guru Perpustakaan Media Sekolah Ahli
Wakil BTPNT : En Mazli bin Saad.

Wednesday 16 January 2013

Pengisian Data IQPSS 2013


PENARAFAN IQPSS SEKOLAH AHLI PKG MANIR 2013 

Sukacita dimaklumkan bahawa penarafan Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2013 untuk sekolah-sekolah diseluruh Malaysia telah bermula pada 17 Januari 2013 dan akan berakhir pada 31 Mac 2013Sehubungan itu, diharapkan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah tuan dapat melaksanakan penarafan tersebut dilaman web http://iqpss.tarantula.my/.


Majlis Penyerahan Tugas


Tarikh : 15 Januari 2013
Masa : 12.00 tghari
Tempat : PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu
Wakil BTPNT :
1. YM Tg. Mohd Abdussalam Tg. Awang
2. En Azmi bin Senik
3.En Rufaifa bin Abdullah


Mesyuarat Penyelarasan SKT PKG Daerah Kuala Terengganu Bil 1 2013

Pada 15hb Januari 2013, Selasa , satu Mesyuarat Penyelarasan SKT PKG Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi yang melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan 2 serta Juruteknik PKG Daerah Kuala Terengganu. Antara yang turut hadir ke mesyuarat itu ialah Pegawai Votek PPDKT, En Arifin bin Ali. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah Penyelarasan mesyuarat JKPA 2013, Pemilihan Tokoh Nilam dan Kem Membaca, SKT serta Pengstrukturan semula PKG Daerah Kuala Terengganu. 

Wednesday 9 January 2013

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2013



Perhimpunan Awal Tahun BTPN dan PKG Terengganu untuk semua pegawai ikhtisas dan kakitangan sokongan BTPN Terengganu dan PKG Negeri Terengganu telah diadakan pada 6 Januari 2012 (Ahad) di Bilik Seminar, BTPN Terengganu.Disamping mendengar Amanat Tahun Baru darpada Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Haji Alias bin Talib,program ini juga bertujuan meningkatkan tahap sistem pengurusan berkualiti untuk diamalkan di organisasi masing-masing bagi tahun 2012.Perhimpunan ini yang dikendalikan oleh Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan ini turut serta mengadakan sesi perkongsian ilmu dan acara penyerahan SKT 2013 kepada semua yang terlibat.Majlis Bersama Jabatan telah diadakan pada sesi petang.Selain itu taklimat ringkas berkaitan eSPLG turut diadakan.

 | Berita : UIICTKP | Gambar : PKG Peroh

Takwim Persekolahan 2013

Kumpulan A

Cuti sekolah di negeri Kedah Kelantan dan Terengganu

Penggal 1----22 Mac hingga 30 Mac (9 hari)
Pertengahan Tahun----24 Mei hingga 8 Jun (16 hari
Penggal 2----6 Ogos hingga 17 Ogos (12 hari)
Akhir Tahun----15 Nov hingga 31 Dis (47 hari)

Untuk perincian penuh rujuk gambar di bawah

Takwim Cuti Sekolah 2013 1 kalendar takwim cuti sekolah 2013 dan persekolahan