Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2016 akan dibuka pada 15 Julai sehingga 20 Ogos 2016. Pengisian untuk Sekolah Ahli PKG Manir tamat sebelum 17 Ogos 2016. Taklimat pengisian akan diadakan pada 21hb Julai 2016 (Khamis) di Makmal ICT SMK Belara.
Satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk memperoleh data serta informasi kritikal dan terkini sebagai persiapan bagi pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam kurikulum TMK berkaitan kesedaran keselamatan siber bagi setiap kumpulan sasaran dan fasa seterusnya. Di mana responden menjawab soal selidik yang telah disediakan secara atas talian. Masa yang diperuntukan untuk murid menjawab soal selidik adalah antara 15 - 20 minit. Secara keseluruhannya, kajian berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas kerjasama dan komitmen pihak sekolah.