:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Tuesday 25 October 2011

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 Sekolah Rendah

Semua soalan Peperiksaan Akhir Tahun  2011  Sekolah Rendah telah sampai di PKG Manir dan boleh diambil mulai hari ini.

Monday 12 September 2011

Thursday 11 August 2011

Bengkel Membina Laman BLOG Sekolah Ahli


Bengkel membina blog sekolah ahli PKG Manir telah diadakan di PKG Manir Pada 10 Ogos 2011. Tujuan utama bengkel ini diadakan ialah untuk memperkasakan sekolah melalui perkongsian secara talian. Melalui bengkel ini semua sekolah ahli PKG Manir (19 Buah ) telah mempunyai bloh sendiri dan di hubungkan sesama sekolah ahli dan PKG. Diharapkan semua warga pendidik dan sekolah ahli PKG manir dapat memannfaatkan daripada blog-blog yang telah tersedia ini. 

Tuesday 9 August 2011

Bengkel Membina Blog Sekolah Ahli PKG Manir

Bengkel membina blog sekolah ahli PKG Manir akan diadakan sepertimana berikut :-

Tarikh : 10 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa : 11 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru PKG Manir
Sekolah yang terlibat ialah sekolah ahli yang masih belum mempunyai blog rasmi.. Pohon guru-guru berkenaan membawa laptop masing-masing. Terima kasih.

Monday 1 August 2011

Bengkel Pemurnian IQ PSS Kali ke 2 PKG Manir

Bengkel Pemurnian IQ PSS 2011 telah diadakan pada 31 Julai 2011. Tujuan utama bengkel ini  ialah memberi pendedahan dan peluang kepada PSS sekolah ahli melakukan penambahbaikan PSS sebelum ianya disahkan oleh PKG

Wednesday 27 July 2011

Portal Excellence In Pengajian Am (EXPA) SMK Bukit Tunggal



Kandungan portal ini merangkumi pelbagai aspek seperti video P&P, nota multimedia, kuiz interaktif, bank soalan, blog dan forum. Selain itu, terdapat juga bahan-bahan dan dokumen yang diperlukan oleh guru Pengajian Am STPM. Alamat portal ini adalah seperti berikut: http://expa.smkbt.com

Bengkel Laman Web/Blog PKG Manir



Bengkel pemurnian laman web/blog PKG Manir diadakan pada 27 Julai 2011. Peserta bengkel ini merupakan pengurus laman web atau blog sekolah ahli PKG Manir. Tujuan utama bengkel ini ialah mengendalikan blog secara colaboratif sesama sekolah ahli PKG Manir.

Promosi DVD TV Pendidikan Siri 3


81. BI: Nac”s World Episod 7
82. BI: Nac”s World Episod 8
83. BI: Nac”s World Episod 9
84. BM: Ilmu Pengetahuan
85. BM: Pendidikan Sepanjang Hayat
86. BM: Sukan Di Sekolah
87. MT: 2 Dimensional Shape (KBSR)
88. MT: Angle (KBSM)
89. MT: Circle (KBSM)
90. MT: Dimensional Shape (KBSR)
91. MT: Friction (KBSR)
92. MT: Money To RM 50.00 (KBSR)
93. MT: Reading & Writing Time (KBSR)
94. MT: Shape & Colours (KBSR)
95. MT: Straight Line (KBSM)
96. MT: Volume Of Liquid (KBSR)
97. MT: Whole Numbers (KBSM)
98. MT: Whole Numbers (KBSR)
99. SN: Application Of Fraction (KBSM)
100.SN: Biodiversity (KBSM)
101.SN: Biodiversity (KBSM)
102.SN: Classes Of Food (KBSM)
103.SN: Concept Of Power (KBSM)
104.SN: Consert Of Work (KBSM)
105.SN: Electrolysis (KBSM)
106.SN: Excretion Episod 2 (KBSM)
107.SN: Food Digestion (KBSM)
108.SN: Gravity & Microgravity (KBSM)
109.SN: Land & Resource Part 1 (KBSM)
110.SN: Land & Resource Part 2 (KBSM)
111.SN: Living Organisms (KBSM)
112.SN: Measuring & Friction (KBSM)
113.SN: Metal (KBSM)
114.SN: Photosynthesis (KBSM)
115.SN: Respiration Episod 1 (KBSM)
116.SN: Support & Movement (KBSM)
117.SN: The Sexual Reproduction (KBSM)
118.SN: The Transport System (KBSM)
119.SN: Understanding Force (KBSM)
120.SN: Water Purification (KBSM)

Promosi DVD TV Pendidikan Siri 2

SENARAI DVD TVP BOLEH DIDAPATI DI PKG MANIR


41. Debat Ala Parlimen Tahun 2007
42. Era Penempatan Kekal (Sejarah)
43. Fadhilat Solat (PAI)
44 . Finale Wind Orchestra
45. Forum Hari Guru
46. Kesultanan Melayu (Sejarah-KBSM)
47. KIA 2M
48. Kuiz Sains Nasional Tahun 2006
49. Kuiz Sejrah tahun 2007
50. Meniti Kaca Episd 2 (BM-KBSM)
51. Meniti Kaca Episd 3 (BM-KBSM)
52. Meniti Kaca Episd 4 (BM-KBSM)
53. Meniti Kaca Episd 5 (BM-KBSM)
54. MUET 2006
55. MUET Tahun 2007
56. Nac”s World Episod 3
57. Parameswara (Sejarah-KBSM)
58. Pembangunan Modal Insan
59. Perasmian Sekolah Oleh DYMM
60. Pertandinga Bahas Piala PM (BI) 06
61. Pertandinga Bahas Piala PM (BM) 06
62. Pertandingan Bercerita
63. Pesta Pantun Akhir (Sek.Menengah)
64. Pesta Pantun Kebangsaan Th. 2007
65. Redha (PAI)
66. Sejarah (M) Dewan Berparlimen
67. Sejarah (M) Tingkatan 1
68. Sekolah Premier
69. Snip n Snaps Episod 1
70. Snip n Snaps Episod 2
71. Snip n Snaps Episod 3
72. Snip n Snaps Episod 4
73. Snip n Snaps Episod 5
74. Sound Machine Episod 2
75. Syukur (PAI)
76. Tanggungjawab Anak (PAI)
77. Teknologi Dalam Peperiksaan
78. Tulisan Berangkai 1 (BM-KBSR)
79. Zaman Pra Sejarah (Sejarah-KBSM)
80. Ziki Di Dapur (BM-KBSR)

Promosi DVD TV Pendidikan Siri 1




1. Debat Ala Parlimen Tahun 2007 
2. Finale Wind Orchestra
3. Forum Pendidikan Hari Guru
4. Forum Remaja Kebangsaan
5. KIA 2M
6. Konsert Kementerian Pelajaran
7. Kuiz Perdana Akhir (B.Malaysia)
8. Kuiz Sains Nasional Tahun 2006
9. MUET 2006
10. MUET Tahun 2007
11. Nac”s World Episod 1
12. Nac”s World Episod 2
13. Nac”s World Episod 3
14. Nac”s World Episod 4
15. Nac”s World Episod 5
16. Nac”s World Episod 6
17. Perasmian Sekolah Oleh DYMM
18. Perhimpunan Patriotik Tahun 2006
19. Pertandinga Bahas Piala PM (BI) 06
20. Pertandinga Bahas Piala PM (BM) 06
21. Pertandinga Bahas Piala PM Ke-34
22. Pertandinga Bahas Piala PM Ke-34
23. Pertandingan Bercerita
24. Pertandingan Kuiz Sejarah
25. Pesta Pantun Akhir (Sek.Menengah)
26. Pesta Pantun Kebangsaan Th. 2007
27. Sejarah (M) Bidang Eksekutif
28. Sejarah (M) Bidang Perundangan
29. Sejarah (M) Dewan Berparlimen
30. Sejarah (M) Kuasa Pemerintahan
31. Sejarah (M) Luar Negara
32. Sejarah (M) Negara Persekutuan
33. Sejarah (M) Tingkatan 1
34. Snip n Snaps Episod 1
35. Snip n Snaps Episod 2
36. Snip n Snaps Episod 3
37. Snip n Snaps Episod 4
38. Snip n Snaps Episod 5
39. Sound Machine Episod 1
40. Sound Machine Episod 2

Monday 25 July 2011

Bengkel Pengemaskinian Laman WEB/BLOG Sekolah Ahli

Selamat Datang Peserta  Bengkel Pengemaskinian Laman WEB/BLOG Sekolah Ahli PKG Manir
Tarikh : 26 Julai 2011 (Rabu)
Masa 2.00 PM, Bertempat PKG Manir
Sekolah Terlibat :
1.SK Bukit Petiti, 2.SK Bukit Tumboh, 3. SK Kampong Tengah, 4. SK Kebor Besar, 5. SK Telok Pasu, 6. SK Teluk Menara, 7. SMK Bukit Guntong , 8.SMK Manir, 9. SMK Belara, 10. SMK Bukit Tunggal

Tuesday 19 July 2011

Taklimat Penyelenggaraan komputer 2011

Taklimat penyelenggaraan komputer bagi sekolah-sekolah Daerah Kuala Terengganu akan diadakan sepertimana berikut :-

Tarikh : 21 Julai 2011/ Khamis
Tempat : PKG Durian Burong
Masa 11.00 pagi

Sekolah PKG  Manir yang terlibat ialah :
1. SK Banggol Peradong ( PPD K Trg)
2. SK Kebor Besar ( PPD K Trg)
3. SK Kesom ( PPD K Trg )
4. SMK Bukit Guntong (PPD K Trg)
5. SK Beladau Kolam- BTPN
6. SK Kebor Ayer- BTPN
7. SK Manir-BTPN
8. SK Telok Menara-BTPN

Borang penyenggaraan ICT 2011 boleh di muat turun (download) di dini. Kilk

Monday 6 June 2011

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG MANIR

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG 2018-2020 

PENGERUSI: 
PENGETUA, SMK DATO' HAJI MOHD SAID

NAIB PENGERUSI (SM): 
PENGETUA, SMK BELARA

SETIAUSAHA 1 
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU MANIR 


KLUSTER TEKNO - ICT

PENGERUSI:
 PENGETUA, SMK BELARA

 AHLI JAWATANKUASA: 
GPICT, SMK DATO' HAJI MOHD SAID
GURU BESAR, SK PULAU BAHAGIA

AHLI
SEMUA GPB / GPICT SEKOLAH AHLI


KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI: 
 PENGETUA, SMK MANIR 

 AHLI JAWATANKUASA: 
 GPM , SMK BELARA
           GPM  ,SK KEBOR BESAR

AHLI
SEMUA GPM SEKOLAH AHLI  

KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN-PAK21
PENGERUSI: 
GURU BESAR, SK DURIAN MAS 

 AHLI JAWATANKUASA: 
 GURU VLE, SK KEBOR BESAR

 AHLI
SEMUA GURU VLE SEKOLAH AHLI

KLUSTER PLC
 PENGERUSI: 
PENGETUA, SMK DATO' HAJI MOHD SAID

 AHLI JAWATANKUASA: 
 GPICT, SK KESOM
  GURU VLE, SK BELADAU KOLAM
PKP , SK PULAU BAHAGIA

 AHLI
SEMUA GURU VLE SEKOLAH AHLI



Saturday 4 June 2011

PIAGAM PELANGGAN


Piagam Pelanggan
Adalah dengan ini kami berjanji :

Bersedia mambantu guru mengikut keperluan yang dipohon oleh sekolah-sekolah kelompok. Member layanan mesra kepada pengunjung-pengunjung dan pelangan-pelangan yang datang ke PKG. Bersedia membantu guru dari aspek pengetahuan dan kepakaran dalam usaha menigkatkan mutu penyampaian dibilik-bilik darjah. Membantu menyediakan kemudahan dan peralatan yang ada bagi tujuan kursus, bengkel, seminar dan sebagainya apabila dipohon. Membantu guru dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta menyebar luas maklumat pendidikan untuk sekolah-sekolah kelompok

Friday 3 June 2011

FUNGSI PKG


Fungsi PKG
UNIT KHIDMAT BANTU PENGISIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA
1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.

UNIT KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERALATAN ICT

1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem
di sekolah .
3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.
4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.
5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
1. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat
2. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
3. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
4. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.
5. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.

Thursday 2 June 2011

VISI DAN MISI

VISI
Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah. 

MISI 
Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

Wednesday 1 June 2011

PENGENALAN PKG

Pengenalan 

PKG Pusat Kegiatan Guru(PKG) merupakan jalinan rancangan prasana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang mengutamakan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG adalah sebuah institusi yang berperanan atas dasar 'Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru' telah memberi peluang kepada guru-guru setempat mengemukan masalah-masalah dan idea dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terbuka. Terdapat 22 buah PKG di Negeri Terengganu Darul Iman yang terletak di dalam tujuh daerah pendidikan, iaitu 11 buah PKG memiliki bangunan sendiri manakala 11 buah lagi adalah berbangunan khas.
Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PKG, empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di semua PKG iaitu :
1. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan
2. Jawatankuasa Pembangunan PSS
3. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan
4. Jawatankuasa Teknologi Maklumat

Dari segi sejarah , penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada PUsat Media Daerah (PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ejen untuk membiasakan guru-guru khasnya diluar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP(PP)0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah PSPN, sementara PSPN pula diletakkan dibawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

PKG Manir merupakan salah sebuah daripada 22 buah PKG Negeri Terengganu. Pada awalnya PKG Manir terletak di Sekolah Kebangsaan Manir, dan telah berpindah ke bangunan baru di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong pada 18 Mac 2007.Pada masa ini PKG manir mempunyai 20 sekolah ahli setelah kemasukan sekolah baru SMK Jeram pada awal Januari 2012. PKG ini mempunyai 15 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah.Jarak diantara PKG ke JPNT dan PPDKT adalah 15 km manakala jarak PKG ke BTPNT adalah 30 km.