:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Monday 6 June 2011

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG MANIR

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG 2018-2020 

PENGERUSI: 
PENGETUA, SMK DATO' HAJI MOHD SAID

NAIB PENGERUSI (SM): 
PENGETUA, SMK BELARA

SETIAUSAHA 1 
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I
PUSAT KEGIATAN GURU MANIR 


KLUSTER TEKNO - ICT

PENGERUSI:
 PENGETUA, SMK BELARA

 AHLI JAWATANKUASA: 
GPICT, SMK DATO' HAJI MOHD SAID
GURU BESAR, SK PULAU BAHAGIA

AHLI
SEMUA GPB / GPICT SEKOLAH AHLI


KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI: 
 PENGETUA, SMK MANIR 

 AHLI JAWATANKUASA: 
 GPM , SMK BELARA
           GPM  ,SK KEBOR BESAR

AHLI
SEMUA GPM SEKOLAH AHLI  

KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN-PAK21
PENGERUSI: 
GURU BESAR, SK DURIAN MAS 

 AHLI JAWATANKUASA: 
 GURU VLE, SK KEBOR BESAR

 AHLI
SEMUA GURU VLE SEKOLAH AHLI

KLUSTER PLC
 PENGERUSI: 
PENGETUA, SMK DATO' HAJI MOHD SAID

 AHLI JAWATANKUASA: 
 GPICT, SK KESOM
  GURU VLE, SK BELADAU KOLAM
PKP , SK PULAU BAHAGIA

 AHLI
SEMUA GURU VLE SEKOLAH AHLI



Saturday 4 June 2011

PIAGAM PELANGGAN


Piagam Pelanggan
Adalah dengan ini kami berjanji :

Bersedia mambantu guru mengikut keperluan yang dipohon oleh sekolah-sekolah kelompok. Member layanan mesra kepada pengunjung-pengunjung dan pelangan-pelangan yang datang ke PKG. Bersedia membantu guru dari aspek pengetahuan dan kepakaran dalam usaha menigkatkan mutu penyampaian dibilik-bilik darjah. Membantu menyediakan kemudahan dan peralatan yang ada bagi tujuan kursus, bengkel, seminar dan sebagainya apabila dipohon. Membantu guru dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta menyebar luas maklumat pendidikan untuk sekolah-sekolah kelompok

Friday 3 June 2011

FUNGSI PKG


Fungsi PKG
UNIT KHIDMAT BANTU PENGISIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA
1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.

UNIT KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERALATAN ICT

1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem
di sekolah .
3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.
4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.
5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
1. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat
2. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
3. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
4. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.
5. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.

Thursday 2 June 2011

VISI DAN MISI

VISI
Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah. 

MISI 
Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

Wednesday 1 June 2011

PENGENALAN PKG

Pengenalan 

PKG Pusat Kegiatan Guru(PKG) merupakan jalinan rancangan prasana pendidikan yang memberi perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang mengutamakan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG adalah sebuah institusi yang berperanan atas dasar 'Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru' telah memberi peluang kepada guru-guru setempat mengemukan masalah-masalah dan idea dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih terbuka. Terdapat 22 buah PKG di Negeri Terengganu Darul Iman yang terletak di dalam tujuh daerah pendidikan, iaitu 11 buah PKG memiliki bangunan sendiri manakala 11 buah lagi adalah berbangunan khas.
Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PKG, empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di semua PKG iaitu :
1. Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan
2. Jawatankuasa Pembangunan PSS
3. Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan
4. Jawatankuasa Teknologi Maklumat

Dari segi sejarah , penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada PUsat Media Daerah (PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ejen untuk membiasakan guru-guru khasnya diluar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP(PP)0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah PSPN, sementara PSPN pula diletakkan dibawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

PKG Manir merupakan salah sebuah daripada 22 buah PKG Negeri Terengganu. Pada awalnya PKG Manir terletak di Sekolah Kebangsaan Manir, dan telah berpindah ke bangunan baru di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong pada 18 Mac 2007.Pada masa ini PKG manir mempunyai 20 sekolah ahli setelah kemasukan sekolah baru SMK Jeram pada awal Januari 2012. PKG ini mempunyai 15 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah.Jarak diantara PKG ke JPNT dan PPDKT adalah 15 km manakala jarak PKG ke BTPNT adalah 30 km.