:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Wednesday 31 July 2013

Mesyuarat JK Kerja JKPA PKG Manir Bil 1/2013

Tarikh : 29hb Julai 2013 ( Isnin)
Masa : 9.00 pg
Tempat : Bilik mesyuarat PKG Manir

KAMPUS ASTRO

Sekolah yang mempunyai masalah teknikal atau pengaktifan semula kad Astro sila hubungi talian 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ). Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan mungkin perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut. 

Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:

1. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja : Telefon 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ) pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.

2. Remote rosak : buat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro.

Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333

3. Kad Astro hilang: Buat laporan polis kehilangan kad, kepilkan bersama surat surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro (Telefon 03-95438100) . Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333

4. Mengalih piring ke bangunan baru: akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro. Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333

Diharapkan langkah diatas dapat membantu pihak sekolah dalam mengaktifkan kembali Kampus Astro.

Tuesday 30 July 2013

Kemasukan Data SPS

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. 

Berikutan Bengkel SPS yang telah dilaksanakan pada 9 Julai 2013 di SMKA Tok Jiring, dan semakan yang telah dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) BTPNT, mendapati masih terdapat 78 buah sekolah yang belum aktifkan SPS, 411 buah sekolah tahap sederhana di negeri Terengganu. Hanya 2 buah sekolah iaitu SK Seri Budiman 2 Kuala Terengganu (PKG Bukit Besar) dan SK Kampong Tengah Kemaman (PKG Binjai) yang mencapai peringkat penggunaan sepenuhnya (butang hijau). 

Oleh yang demikian, pihak PKG Manir memohon jasa baik admin SPS/Guru data sekolah ahli PKG untuk membuat pengisian dan memastikan sekurang2nya mencapai tahap butang kuning menjelang hari raya puasa.  
Mohon admin SPS sekolah tuan/puan untuk rujuk kepada PKG sekiranya ada sebarang masalah atau hubungi terus helpdesk SPS di talian 1-800-882-875. . Dilampirkan pautan bahan SPS/video vimeo untuk perkongsian maklumat bersama.





Sekian terima kasih.

Monday 29 July 2013

Warga Baru PKG Manir


Selamat datang diucapkan kepada warga baru PKG Manir, 
Pn Zarinah binti Mat Aroff sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2.

Thursday 18 July 2013

PERHIMPUNAN BULANAN KALI KE-3




Menjadi rutin bulanan BTPN Terengganu mengadakan Perhimpunan Bulanan setiap tahun. Perhimpunan kali ke-3 ini diurusetiakan oleh Unit Perkhidmatan ICT. Antara pengisian utama pada kali ini adalah pelancaran Lagu 5S : Suatu Tuntutan dan penyerahan banting 5S kepada semua Ketua Unit. Selain daripada itu turut diadakan bicara buku yang disampaikan oleh Encik Azmi bin Senik. Dalam ucapan Ketua Unit ICT, Encik Yusma @ Abd. Mubin bin Yusof, beliau berkongsi hal yang berkaitan dengan tatakelakuan penjawat awam. Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Alias bin Talib, KPP BTPN Terengganu yang turut menyentuh tentang kesepakatan dan hubungan organisasi yang semakin erat antara semua warga BTPN dan PKG Terengganu. Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan program kali ini.

kredit :-
Berita : UPICT
Foto : btpntrg.net