:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Sunday 3 March 2013

Mesyuarat JKPA PKG Manir Bil 1/2013


Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) PKG Manir bil 1/2013 telah diadakan pada 27 Februari 2013 di BTPN Terengganu. Majlis yang bermula pada pukul 9.45 pagi itu telah dirasmikan oleh Tuan KPP, Tn Hj Alias bin Talib bagi daerah Kuala Terengganu Utara (KTU) di Bilik Seminar, BTPNT. Seterusnya mesyuarat JKPA untuk PKG Manir telah diadakan di Bilik Persidangan yang dipengerusikan oleh Pn Jamia'ah binti Hj Lasiman, pengetua SMK Belara. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Wakil Pegawai dari PPDKT, Tn Hj Che Mohd Ruzli bin Ghazali,Penolong Pengarah UPSP Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid dan juga Pegawai Perhubungan PKG Manir iaitu En Azmi Isa ,pegawai Unit Perkhidmatan ICT BTPNT. Antara lain mesyuarat ini berfokuskan kepada pengurusan Pusat Kegiatan Guru Manir pada tahun 2012 dan perancangan aktiviti bagi tahun 2013.

GALERI :::











No comments: