Sunday, 24 March 2013
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN DAN ANUGERAH TOKOH NILAM
Pada 21 Mac 2013, telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN dan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Terengganu. Majlis tiga dalam satu ini diadakan di Prinzpark Hotel, Kuala Ibai bagi memberi pengiktirafan kepada pegawai dan staf BTPN dan PKG Negeri Terengganu. Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2013 juga telah dinobatkan pada hari berkenaan. Bagi Anugerah PKG Cemerlang telah disandang oleh PKG Tok Jiring (Berbangunan) dan PKG Bukit Payong (Berbangunan Khas). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu. Tahniah kepada semua penerima anugerah.
krdt berita dan foto : http://btpntrg.net/btpntweb/
Sunday, 17 March 2013
Mesyuarat Post Mortem JKPA 2013
Tarikh :17/2/2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pg
Tempat : Bilik Persidangan, BTPNT
Dipengerusikan oleh : YM Muhd Abdussalam bin Tg Awang
Hadir bersama : Tn Hj Alias bin Talib (KPP)
Dipengerusikan oleh : YM Muhd Abdussalam bin Tg Awang
Hadir bersama : Tn Hj Alias bin Talib (KPP)
Thursday, 14 March 2013
Mesyuarat Pembangunan PSS dan Bengkel i Nilam Menggunakan Aplikasi APDM Sekolah Ahli PKG Manir 2013
Tarikh : 14hb Mac 2013 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar, PKG Tok Jiring.
Fasilitator : En Mohd Tarmizi Che Min
Anita@Aziza Mohamad
Thursday, 7 March 2013
BENGKEL KEM KEMBARA NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013
Tarikh : 5,6 dan 7 Mac 2013
Tempat : BTPNT
Masa : 9.00 pagi
Bengkel permurnian bahan untuk pertandingan Tokoh Nilam peringkat Negeri Terengganu 2013.
Sunday, 3 March 2013
Mesyuarat JKPA PKG Manir Bil 1/2013
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) PKG Manir bil 1/2013 telah diadakan pada 27 Februari 2013 di BTPN Terengganu. Majlis yang bermula pada pukul 9.45 pagi itu telah dirasmikan oleh Tuan KPP, Tn Hj Alias bin Talib bagi daerah Kuala Terengganu Utara (KTU) di Bilik Seminar, BTPNT. Seterusnya mesyuarat JKPA untuk PKG Manir telah diadakan di Bilik Persidangan yang dipengerusikan oleh Pn Jamia'ah binti Hj Lasiman, pengetua SMK Belara. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Wakil Pegawai dari PPDKT, Tn Hj Che Mohd Ruzli bin Ghazali,Penolong Pengarah UPSP Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid dan juga Pegawai Perhubungan PKG Manir iaitu En Azmi Isa ,pegawai Unit Perkhidmatan ICT BTPNT. Antara lain mesyuarat ini berfokuskan kepada pengurusan Pusat Kegiatan Guru Manir pada tahun 2012 dan perancangan aktiviti bagi tahun 2013.
GALERI :::
Subscribe to:
Posts (Atom)