:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Monday 31 December 2012

PERHIMPUNAN BULANAN KE-3




Unit Perkhidmatan ICT diberi tugas untuk mengendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Ke-3 Tahun 2012. Bertemakan 'Transformasi Memacu Pembudayaan ICT' telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Sebelum itu ucapan pengerusi pengelola telah menyentuh tentang tugas-tugas dan peranan PTP dalam membudayakan penggunaan ICT di sekolah sebagai satu tanggungjawab yang harus diberi perhatian. Tuan KPP pula menyentuh tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) yang membicarakan tentang 11 anjakan yang digariskan. Dalam majlis ini juga disampaikan sijil penghargaan kepada kumpulan KIK BTPN Terengganu, serta hadiah sempena hari lahir pegawai dan kakitangan. Akhir sekali diadakan cabutan bertuah. Kejayaan-kejayaan yang diraih pada tahun 2012 turut disentuh manakala penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini berganding bahu memikul visi dan misi BTP dan BTPN-PKG.
| Berita: JK Portal

No comments: