:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Tuesday, 28 January 2014

Apa itu Chromebook ?

Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer.

Ianya pantas (masa boot kurang daripada 8 saat), kurang selenggara diperlukan dan memfokuskan perkhidmatan awan (cloud). Anda boleh rujuk disini .

Dalam projek 1BestariNet chromebook dibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah. Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreach mengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.

Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
1. 1 rak pengecaj beroda chromebook
2. 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
3. 1 zoom Yes 4G
4. 1 AP wireless 1 Cache Machine
5. 1 Pencetak Awan (cloud printer)

kredit :btpnsel.edu.my

Wednesday, 25 September 2013

PENGISIAN SSQS 2013

Assalamualaikum dan Salam Hormat. 

Adalah dimaklumkan bahawa penarafan SSQS 2013 telah dibuka untuk pengisian pada 02 September 2013 hingga 30 September 2013. Oleh yang demikian,diharap Guru Penyelaras Bestari atau Guru Penyelaras ICT serta Guru Perpustakaan Media (GPM) sekolah dapat mengambil tindakan dengan segera. Tarikh tutup pengisian bagi PKG adalah 25 September 2013.


Sunday, 15 September 2013

Bengkel Pengisian SSQS PKG Manir 2013



tarikh : 10 September 2013 (Selasa)
masa ; 9.00 pagi
tempat : Bilik mesyuarat , PKG Manir.