:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Wednesday, 16 January 2013

Mesyuarat Penyelarasan SKT PKG Daerah Kuala Terengganu Bil 1 2013

Pada 15hb Januari 2013, Selasa , satu Mesyuarat Penyelarasan SKT PKG Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di PKG Bukit Besar, Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi yang melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan 2 serta Juruteknik PKG Daerah Kuala Terengganu. Antara yang turut hadir ke mesyuarat itu ialah Pegawai Votek PPDKT, En Arifin bin Ali. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah Penyelarasan mesyuarat JKPA 2013, Pemilihan Tokoh Nilam dan Kem Membaca, SKT serta Pengstrukturan semula PKG Daerah Kuala Terengganu. 

Wednesday, 9 January 2013

PERHIMPUNAN AWAL TAHUN 2013



Perhimpunan Awal Tahun BTPN dan PKG Terengganu untuk semua pegawai ikhtisas dan kakitangan sokongan BTPN Terengganu dan PKG Negeri Terengganu telah diadakan pada 6 Januari 2012 (Ahad) di Bilik Seminar, BTPN Terengganu.Disamping mendengar Amanat Tahun Baru darpada Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Haji Alias bin Talib,program ini juga bertujuan meningkatkan tahap sistem pengurusan berkualiti untuk diamalkan di organisasi masing-masing bagi tahun 2012.Perhimpunan ini yang dikendalikan oleh Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan ini turut serta mengadakan sesi perkongsian ilmu dan acara penyerahan SKT 2013 kepada semua yang terlibat.Majlis Bersama Jabatan telah diadakan pada sesi petang.Selain itu taklimat ringkas berkaitan eSPLG turut diadakan.

 | Berita : UIICTKP | Gambar : PKG Peroh

Takwim Persekolahan 2013

Kumpulan A

Cuti sekolah di negeri Kedah Kelantan dan Terengganu

Penggal 1----22 Mac hingga 30 Mac (9 hari)
Pertengahan Tahun----24 Mei hingga 8 Jun (16 hari
Penggal 2----6 Ogos hingga 17 Ogos (12 hari)
Akhir Tahun----15 Nov hingga 31 Dis (47 hari)

Untuk perincian penuh rujuk gambar di bawah

Takwim Cuti Sekolah 2013 1 kalendar takwim cuti sekolah 2013 dan persekolahan