:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Wednesday 25 January 2012

Soalan Peperiksaan TOV Tahun 2012

Musim peperiksaan bermula lagi. Soalan peperiksaan TOV bagi tahun 2012 boleh diambil di PKG Manir mulai 25. 01. 2012. Bagi sekolah rendah, kertas peperiksaan yang dibekalkan adalah dari tahun 3 hingga tahun 6 manakala bagi sekolah menengah pula terdiri daripada tingkatan 3, 5 dan 6 sahaja. Sekian, harap maklum.

Sunday 15 January 2012

Buku Catatan/Diari BTPNT Tahun 2012

Edaran bagi Buku Catatan/Diari BTPNT Tahun 2012 akan mula diagihkan ke sekolah-sekolah ahli PKG Manir mulai minggu ini (2 buah diari setiap sekolah). Diari tersebut adalah untuk kegunaan Pengetua/Guru Besar dan Guru Penyelaras Media (GPM). Selain dari bahan tersebut, sekolah-sekolah ahli PKG Manir juga turut menerima sekeping kalendar tahun 2012. Semoga sekolah-sekolah ahli PKG Manir dapat memanfaatkan bahan-bahan tersebut sebaik mungkin dan diharapkan sumbangan ini akan berterusan pada masa-masa yang akan datang.

Wednesday 11 January 2012

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu Bil.1/2012

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Kuala Terengganu Bil.1/2012 telah berjaya diadakan di PKG Manir pada 08 Januari 2012. Lima buah PKG Daerah Kuala Terengganu terlibat yang setiap satunya diwakili oleh PTP 1 dan PTP 2 beserta seorang Juruteknik Komputer. Wakil dari PDD Daerah Kuala Terengganu dan BTPNT juga turut dijemput hadir dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Banyak agenda dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi membantu memajukan lagi sistem pendidikan negara. Tahniah.. PKG Manir.

Tuesday 10 January 2012

Warga Baru PKG Manir

PKG Manir telah mendapat sebuah lagi sekolah ahli yang baru iaitu SMK. Jeram yang dibuka mulai Januari 2012. Sekolah ahli PKG Manir sekarang berjumlah 20 buah iaitu 5 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah.


SMK. Jeram



En. Ahmad bin Awang
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK. Jeram

Makmal Komputer

Perpustakaan

Bilik Mesyuarat